Peguam Syarie Hafizah Haron & Associates
Perunding Keluarga & Harta Pusaka

Lawati pejabat kami di

No.15 Jalan Zapin 1 Bandar Bukit Raja 41050 Klang Selangor

Atau hubungi kami melalui saluran di bawah

Search This Blog

Rapid Growth Rate
That means it’s not the sort of text you’d ever want to claim as your company’s own
Full Video Support
That means it’s not the sort of text you’d ever want to claim as your company’s own
Responsive Design
That means it’s not the sort of text you’d ever want to claim as your company’s own

Contact Form

Name

Email

Message

Pengertian hak penjagaan anak / Hadhanah dalam islam

Hadhanah hak penjagaan anak

Apakah pengertian hadanah?


Dalam menulis artikel mengenai hadhanah, kami telahpun merujuk kepada pelbagai sumber, terdapat pelbagai tafsiran berbeza mengenai hak penjagaan anak dalam islam dari bahan bahan berbeza. Sayang sekali sekiranya tafsiran ini tidak kami kongsikan kepada anda semua.

Senarai artikel di dalam siri hadhanah

  1. Hadhanah - Hak penjagaan anak dalam islam.
  2. Makna hadhanah dari pelbagai sumber muktabar. (Artikel ini)
  3. Apakah yang melayakkan seseorang mendapat hak jagaan anak? 
  4. Berapa lama tempoh jagaan hadhanah?
  5. Proses perlaksanaan hadhanah oleh Mahkamah Syariah di Malaysia.

Maksud Hadhanah dari pelbagai sumber rujukan.



1. Menurut Syeikh Ali al-Jurjani, rujuk al-Ta`rifat (hlm. 88)


hadhanah” ialah: “تربية الولد” (pengasuhan anak).


2. Menurut al-Mu`jam al-Wasit (1/182), kalimah "hadhanah" bermaksud:


الْولَايَة على الطِّفْل لتربيته وتدبير شئونه ودور الْحَضَانَة مدارس ينشأ فِيهَا صغَار الْأَطْفَال

“Wilayah kuasa ke atas kanak-kanak untuk mendidiknya dan menguruskan urusannya.”


3. Menurut Ibn Manzur dalam Lisan al-Arab (13/122) menyebut:


الحِضْنُ: مَا دُونُ الإِبْط إِلى الكَشح، وَقِيلَ: هُوَ الصَّدْرُ والعَضُدان وَمَا بَيْنَهُمَا، وَالْجَمْعُ أَحْضانٌ؛ وَمِنْهُ الاحْتِضانُ، وَهُوَ احتمالُك الشيءَ وجعلُه فِي حِضْنِك كَمَا تَحْتَضِنُ المرأَةُ وَلَدَهَا فَتَحْتَمِلُهُ فِي أَحد شِقَّيْها

“Al-Hidhnu ialah bahagian badan di bawah ketiak hingga rusuk. Dikatakan; ia adalah dada dan dua lengan serta kawasan antara keduanya. Kata jamaknya ialah ahdhan. Disebut juga sebagai ihtidhan, yang bererti “engkau menanggung sesuatu dan menjadikannya di bawah jagaan engkau,” seperti mana seorang perempuan menjaga anaknya lalu mendokongnya di salah satu daripada bahagian sisinya.”


4. Menurut Al-Nawawi:


الْحَضَانَة بِفَتْح الْحَاء تربية الطِّفْل مَأْخُوذَة من الحضن بِكَسْر الْحَاء وَجمعه أحضان وَهُوَ الْجنب لِأَنَّهَا تضمه إِلَى حضنها يُقَال أحضنت الشَّيْء جعلته فِي حضني وحضنت الصَّبِي

Maksudnya: “al-Hadhanah dengan difatahkan ha’, ialah “pengasuhan kanak-kanak”; ia diambil daripada (kalimah) al-hidhn dengan dikasrahkan had itu dan (perkataan) jamak/pluralnya ialah ahdhan, yang bererti “sisi”, kerana pengasuhan itu mengumpulkan dia (yakni penjaga) bersama individu yang dijaganya. Justeru disebut ahdhantu al-syai’ bermaksud “aku jadikannya dalam jagaan aku” dan hadhantu al-sobiyy ertinya aku menjaga bayi kecil.” Rujuk Tahrir Alfadz al-Tanbih (hlm.30)


5. Menurut kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/181):


Perkataan hadhanah bermakna penjagaan anak. Dari segi bahasa, hadhanah bermaksud tepi atau sisi. Hal ini demikian kerana penjaga anak mengambil anak yang dijaga ke sisinya. Manakala menurut definisi istilah Syarak, maksudnya tidak jauh berbeza daripada sudut bahasa.


6. Dalam Raudhah al-Talibin (9/98) oleh Imam al-Nawawi, “hadhanah” bererti:


القيام بحفظ من لا يميز ولا يستقل بأمر نفسه وتربيته بما بصليه ووقايته عما يؤذيه
Mendirikan (hak-hak) dengan menjaga orang yang tidak mumaiyiz dan tidak berdikari untuk dengan urusan diri sendiri, dan mengasuhnya dengan apa yang layak untuknya dan memeliharanya daripada apa yang menyakitinya.


7. Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah (w.676H) dalam Minhaj al-Tolibin:


حِفْظُ مَنْ لَا يَسْتَقِلُّ وَتَرْبِيَتُهُ
“Penjagaan individu yang tidak dapat berdikari serta mendidik atau mengasuhnya.”


8. Imam al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah (w.977H) menghuraikan definisi di atas dengan kata beliau:


وَشَرْعًا (حِفْظُ مَنْ لَا يَسْتَقِلُّ) بِأُمُورِ نَفْسِهِ عَمَّا يُؤْذِيهِ لِعَدَمِ تَمْيِيزِهِ كَطِفْلٍ وَكَبِيرٍ مَجْنُونٍ (وَتَرْبِيَتُهُ) أَيْ تَنْمِيَةُ الْمَحْضُونِ بِمَا يُصْلِحُهُ بِتَعَهُّدِهِ بِطَعَامِهِ وَشَرَابِهِ وَنَحْوِ ذَلِكَ، وَقَدْ مَرَّ فِي بَابِ الْإِجَارَةِ مِنْ الْكِتَابِ تَفْسِيرُ الْحَضَانَةِ بِمَا هُوَ أَعَمُّ مِنْ ذَلِكَ، وَمُؤْنَةُ الْحَضَانَةِ فِي مَالِ الْمَحْضُونِ، فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ مَالٌ فَعَلَى مَنْ تَلْزَمُهُ نَفَقَتُهُ؛ لِأَنَّهَا مِنْ أَسْبَابِ الْكِفَايَةِ كَالنَّفَقَةِ، وَلِهَذَا ذُكِرَتْ عَقِبَ النَّفَقَاتِ.

“(Makna “hadhanah”) daripada sudut Syarak ialah [menjaga individu yang tidak dapat berdikari] daripada menguruskan diri sendiri, (dan) memeliharanya daripada setiap sesuatu yang menyakitinya lantaran ketidakmampuan jagaan itu untuk melakukan tamyiz (membezakan baik dan buruk), seperti kanak-kanak dan orang gila yang dewasa; [serta mendidik atau mengasuhnya] yakni membesarkan anak jagaan dengan apa yang sesuai dan munasabah, pada perlaksanaannya, dengan memberikan makan, minum dan seumpamnya… dan belanja untuk penjagaan itu datang dari harta anak jagaan, jika tiada baginya harta, maka tanggungjawab itu adalah ke atas individu yang menanggung nafkahnya. Ini kerana penjagaan itu adalah salah satu sebab kifayah seperti nafkah; dan oleh kerana itu bab penjagaan disebut selepas bab nafkah-nafkah.” Rujuk Mughni al-Muhtaj (5/191)


9. Menurut kitab al-Fiqh al-Manhaji:


Menurut Syara’, ianya bermaksud menjaga seseorang yang belum berupaya mengurus diri dan mendidiknya dengan pelbagai cara yang sesuai dengan pembesarannya. Bagi kanak-kanak yang masih kecil, hadhanah berakhir sehingga umur mumayyiz. Penjagaan kanak-kanak selepas umur mumayyiz sehingga baligh dinamakan kafalah, yang bermakna memelihara.”


10. Menurut M.R Ibrahim. 2006. Munakahat: Law & Procedures. Publishing House. Kuala Lumpur.


Seterusnya pengertian hadhanah dari segi istilah pula ialah hak mendidik anak-anak bagi orang yang mempunyai hak penjagaan. Penjagaan itu termasuklah mendidik dan menjaga mereka yang tidak mampu mengurus diri sendiri bagi menjauhkan daripada perkaraperkara yang buruk mengenainya, kerana mereka tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Mereka dijaga dari segi makan dan minum, pakaian, tempat tidur dan kebersihannya dalam tempoh umur yang tertentu.


11. Menurut Raihanah Azahari dan Najihah Norman, Prinsip-Prinsip Kebajikan kanak-kanak menurut undang-undang Islam: Rujukan khusus kepada penghakiman kes-kes hadanah di Mahkamah Syariah di Malaysia. Jurnal Hukum. Bil. 30 BHG 1 1431H.


Hadhanah dari segi istilah juga boleh membawa erti menjaga serta memelihara anakanak yang masih kecil sama ada lelaki atau perempuan atau anak-anak yang sudah dewasa tetapi belum mumaiyiz dari sebarang anasir yang boleh merosakkan fizikal mahupun mentalnya sehinggalah kanak-kanak itu mampu berdikari dan memikul tanggungjawab.




Rujukan.

  1. Mufti Wilayah Persekutuan 
  2. Jabatan Bantuan Guaman - http://www.jbg.gov.my/images/doc/risalah/hadanah.pdf


Fiza Haron
Berkelulusan sarjana muda syariah undang-undang perbandingan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dgn diploma lanjutan pentadbiran kehakiman dan guaman Islam UKM, beliau juga mempunyai sijil guaman bagi negeri Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan. Berpengalaman lebih 7tahun, beliau kini bernaung dibawah firma guaman sendiri iaitu Hafizah Haron & Associate. Beliau boleh dihubungi di talian 011-64390556 atau email di mailto:hafizahharonassociates@gmail.com

No comments

Post a Comment

Powered by Blogger.