Peguam Syarie Hafizah Haron & Associates
Perunding Keluarga & Harta Pusaka

Lawati pejabat kami di

No.15 Jalan Zapin 1 Bandar Bukit Raja 41050 Klang Selangor

Atau hubungi kami melalui saluran di bawah

Search This Blog

Rapid Growth Rate
That means it’s not the sort of text you’d ever want to claim as your company’s own
Full Video Support
That means it’s not the sort of text you’d ever want to claim as your company’s own
Responsive Design
That means it’s not the sort of text you’d ever want to claim as your company’s own

Contact Form

Name

Email

Message

Fasakh - Hak isteri selepas bercerai

tuntutan fasakh isteri

Apakah perceraian secara fasakh?

Fasakh menurut bahasa ialah rosak atau putus manakala menurut syarak pula ialah pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang dibenarkan oleh syarak. Walaupun secara umumnya hak untuk permohonan fasakh terpakai kepada suami atau isteri, namun secara amalannya hak fasakh diberikan kepada isteri memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan talaq.

Maka dapat difahami bahawa perceraian fasakh ialah suatu pembubaran perkahwinan yang difasakhkan oleh Hakim apabila mendapati bahawa suami telah meletakkan isteri dalam kesusahan. Oleh itu, tujuan pembubaran adalah untuk menghapuskan kemudaratan yang menunjukkan suatu keadaan yang tidak dapat dipulihkan lagi. Perceraian ini boleh dipohon oleh isteri di Mahkamah Rendah Syariah atas salah satu alasan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 53(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. 


tuntutan fasakh


Apakah sebab yang membolehkan seorang isteri membuat permohonan fasakh di Mahkamah Syariah? 

  1. Kegagalan suami memperuntukkan nafkah sekurang-kurangnya tiga bulan.
    .
  2. Suami yang telah dipenjarakan selama melebihi tiga tahun.
    .
  3. Suami atau isteri yang tidak menunaikan nafkah batin tanpa sebab yang munasabah selama tempoh satu tahun.
    .
  4. Darar yang menjadikan kehidupan isteri menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya. (cth: suami lazim menyakiti dengan memukul secara berterusan, sering memarahi dan mengeluarkan kata-kata kesat di hadapan orang lain, memaksa isteri hidup secara lucah, suami tidak melayan isterinya secara adil dalam hidup berpoligami)

tuntutan fasakh isteri


Apakah pembuktian yang isteri perlu kemukakan?

Isteri sebagai pihak yang mendakwa (Plaintif) perlu mengemukakan pembuktian yang kukuh untuk Mahkamah mempertimbangkan tuntutan tersebut. Tuntutan yang tidak disokong dengan keterangan yang mencukupi boleh menyebabkan Mahkamah menolak tuntutan tersebut. 


Sebagai contoh, jika isteri menyatakan bahawa suami telah tidak memberikan nafkah melebihi tempoh tiga bulan, maka pembuktian dokumen seperti penyata akaun Plaintif (isteri) atau keterangan daripada saksi (dari kalangan ahli keluarga) perlu dikemukakan oleh Plaintif sebagai bukti sokongan terhadap alasan tersebut.

fasakh dalam islam


Apa yang perlu isteri lakukan sekiranya suami sering memukul isteri?

Isteri boleh membuat permohonan fasakh berdasarkan peruntukan Seksyen 53 (1) (h) (i) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang mana sekiranya isteri dipukul dengan sengaja, tindakan pertama yang perlu diambil oleh isteri ialah membuat laporan polis terlebih dahulu, kemudian membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kerajaan atau Hospital Kerajaan dan mengambil gambar kesan kecederaan tersebut. Kemudian, isteri boleh pergi ke Mahkamah Syariah yang terdekat di mana Plaintif tinggal untuk membuat permohonan tersebut.


Apakah kesan cerai fasakh?

Apabila Hakim menjatuhkan fasakh terhadap suami dan isteri, maka talaq yang dijatuhkan ialah talaq ba’in sughra yang mana suami dan isteri tidak boleh dirujuk semula. Mana-mana suami yang ingin merujuk bekas isterinya semula hendaklah melalui akad nikah yang baru.


No comments

Post a Comment

Powered by Blogger.