Peguam Syarie Hafizah Haron & Associates
Perunding Keluarga & Harta Pusaka

Lawati pejabat kami di

No.15 Jalan Zapin 1 Bandar Bukit Raja 41050 Klang Selangor

Atau hubungi kami melalui saluran di bawah

Search This Blog

Rapid Growth Rate
That means it’s not the sort of text you’d ever want to claim as your company’s own
Full Video Support
That means it’s not the sort of text you’d ever want to claim as your company’s own
Responsive Design
That means it’s not the sort of text you’d ever want to claim as your company’s own

Contact Form

Name

Email

Message

Hadhanah - Bagaimana status quo anak memberi kesan untuk hak jagaan anak di mahkamah syariah

mengekalkan status quo penjaga kanak kanak

Perebutan hak hadhanah sama ada di antara ibu atau bapa atau melibatkan pihak ketiga seperti ibu atau bapa angkat atau nenek adalah agak sukar untuk diselesaikan tanpa adanya toleransi antara pihak-pihak yang terlibat.

Hampir semua kes hadhanah yang telah diputuskan di Mahkamah Syariah menjelaskan tentang kebajikan kanak-kanak sebagai pertimbangan utama yakni hak kanak-kanak yang dipertikaikan mestilah diberikan keutamaan daripada hak orang yang menuntut hadhanah kerana tujuan hadhanah itu sendiri ialah untuk kebajikan kanak-kanak dan bukanlah untuk kebajikan pihak-pihak yang bertelingkah.

Apa yang dipertimbangkan oleh Mahkamah adalah sekiranya kanak-kanak itu tidak rapat dan mesra bersama ibunya, maka kanak-kanak itu hendaklah dalam apa cara yang paling terbaik diletakkan dalam jagaan seseorang yang tidak mungkin memberi kesan gangguan emosi kanak-kanak tersebut.

Maka di sini, dapat disimpulkan bahawa walaupun seorang ibu lebih berhak terhadap hadhanah anak kecilnya, apabila hak ini bertembung dengan kepentingan dan kebajikan anak itu, maka kebajikan anak itu yang akan diutamakan.

Siri artikel hadhanah yang diterbitkan di blog Guamansyarie.com.

  1. Hadhanah, hak penjagaan anak dalam islam - suatu kupasan lengkap.
  2. Pengertian hadhanah dari pelbagai sumber rujukan akademik.
  3. Syarat syarat untuk memohon hadhanah.
  4. Proses perlaksanaan hadhanah oleh mahkamah syariah.

Keperluan Mengekalkan Status Quo Penjaga Kanak-Kanak.


Seksyen 87 (3) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menjelaskan:
“Adalah menjadi suatu anggapan yang boleh dipatahkan bahawa adalah untuk kebaikan seseorang kanak-kanak dalam masa dia kecil supaya berada bersama ibunya, tetapi pada memutuskan sama ada anggapan itu dipakai bagi fakta-fakta sesuatu kes tertentu, Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada tidak baiknya mengacau kehidupan seseorang kanak-kanak dengan bertukar-tukar jagaan”.

Peruntukan ini menjelaskan bahawa seorang kanak-kanak yang masih kecil tidak mutlak diletakkan di bawah jagaan ibunya menurut undang-undang. Ini kerana, jika kanak-kanak itu tinggal atau membesar dengan penjaga lain seperti nenek atau ibu saudara, maka mahkamah menitikberatkan bahawa status quo kanak-kanak tersebut bersama penjaganya tidak dikacau ganggu. Dengan erti kata lain, kanak-kanak tersebut akan kekal tinggal bersama dengan penjaga asal supaya kebajikan kanak-kanak tersebut terpelihara daripada sebarang kemudaratan. Sebaliknya, meletakkan kanak-kanak serumah dengan seseorang yang membenci dirinya akan mendatangkan kesan buruk kepada kanak-kanak itu sendiri yang mana situasi negatif yang diterima akan mempengaruhi pembentukan peribadinya.

Ini kerana, adalah fitrah bagi seorang kanak-kanak yang masih kecil mempunyai sifat manja dan tentu sekali akan merasa selesa dan gembira apabila tinggal bersama penjaga yang telah mengasuhnya sejak kecil sehingga membolehkannya mengenali penjaganya. Oleh itu, atas faktor keselesaan kanak-kanak tersebut apabila bersama penjaganya adalah perkara yang diutamakan oleh Mahkamah. Berdasarkan tempoh jagaan tersebut juga, sudah tentu penjaga tersebut telah arif berkenaan perihal untuk memenuhi segala keperluan, hal penjagaan dan segala kemaslahatan kanak-kanak tersebut. Sebarang bentuk kemudaratan yang akan dihadapi oleh kanak-kanak tersebut boleh diatasi dengan adanya pengetahuan dari penjaganya. 

kamar mahkamah syariah

Dalam satu contoh kes Wan Abdul Aziz lwn Siti Aisyah 1975 1 JH (1) 47 melibatkan perebutan hak jagaan seorang anak perempuan yang mana kanak-kanak tersebut telah menetap di bawah jagaan nenek sebelah bapa sejak ibu dan bapanya bercerai. Selepas 2 tahun, ibu kanak-kanak tersebut bertindak menuntut hak jagaan di Mahkamah Tinggi Syariah. Di peringkat rayuan, Mahkamah telah mengekalkan status quo anak tersebut bersama neneknya atas faktor menjaga emosi kanak-kanak tersebut supaya tidak terganggu dengan bertukar-tukar jagaan.

Bagi kanak-kanak yang sudah bersama dengan bapanya sejak kecil, maka adalah tidak wajar jika hak jagaan bertukar tangan kepada pihak lain yang mungkin akan menyusahkan kanak-kanak tersebut untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru dan asing baginya. Dalam hal ini, Mahkamah mengambil kira dari segi tempoh masa bapa telah bersama dengan kanak-kanak tersebut. Sepanjang tempoh penjagaan tersebut, sudah tentu hubungan kasih sayang antara kanak-kanak tersebut dengan bapanya sudah menjadi rapat dan agak sukar untuk memisahkan kanak-kanak tersebut dengan bapanya kerana ini sudah tentu akan memberi kesan dari segi gangguan emosi. Oleh yang demikian, untuk memastikan kebajikan anak tersebut terpelihara, maka adalah lebih utama hadhanah itu dikekalkan kepada bapanya. 

Berkaitan memenuhi keperluan hakiki bagi kanak-kanak tersebut pula, seorang penjaga adalah berkebajikan untuk memberikan pendidikan kepada kanak-kanak tersebut. Ini kerana, pendidikan merupakan keperluan hakiki yang perlu diberikan oleh penjaga untuk menjamin keperluan masa hadapan kanak-kanak tersebut. Mahkamah berpendapat bahawa jika seorang bapa boleh memastikan pendidikan kanak-kanak tersebut disusun dengan baik sepanjang tempoh masa bapa menjaga dan membesarkan kanak-kanak tersebut, termasuklah mempunyai masa untuk mengurus dan mendidik kanak-kanak tersebut di rumah, maka hak hadhanah itu akan dikekalkan kepada bapanya. Sebagaimana peruntukan undang-undang di dalam subseksyen 88 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan:
“Sesuatu perintah jagaan boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan oleh Mahkamah patut dikenakan dan, tertakluk kepada syarat-syarat, jika ada, yang dipakai dari semasa ke semasa, perintah itu adalah menghakkan orang yang diberi jagaan itu untuk memutuskan semua soal berhubungan dengan pendidikan dan pelajaran kanak-kanak itu.”
Malah, Mahkamah juga melihat kepada kemampuan seorang bapa untuk menyediakan tempat tinggal yang sempurna dan selamat bagi kanak-kanak tersebut. Sebagaimana di dalam subseksyen 88 (2) (a) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan:
“Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), sesuatu perintah jagaan boleh :
(a) Mengandungi syarat-syarat tentang tempat di mana kanak-kanak itu akan tinggal dan cara pelajarannya;”

Dapat disimpulkan di sini bahawa status quo anak akan dikekalkan kepada penjaga asal selagi mana penjaga tersebut tidak hilang kelayakan. Untuk melayakkan ibu atau bapa mendapatkan hak jagaan tersebut, maka persediaan untuk kebajikan anak tersebut adalah diperlukan dan telah pun disediakan seperti tempat tinggal, suasana, tempat belajar dan masa bersama. Kearifan seorang penjaga dalam hal penjagaan kanak-kanak tersebut adalah perkara yang diutamakan oleh Mahkamah. Mahkamah sangat menitikberatkan keupayaan seorang penjaga dalam memberikan segala keperluan bagi kanak-kanak tersebut supaya segala kemudaratan yang boleh menjejaskan pembesaran, pendidikan dan kehidupan seharian kanak-kanak tersebut dapat dielakkan. Ini bersesuaian dengan kaedah fiqh iaitu “kemudaratan hendaklah dihapuskan”.

Rujukan

  1. Najibah Mohd Zin et al. Jilid 14, Undang-Undang Keluarga (Islam). 2007. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  2. 4th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference (MFIFC 2018)
  3. https://www.jakess.gov.my/pdffile/koleksipenghakimanRAYUAN/2018/FEB


Fiza Haron
Berkelulusan sarjana muda syariah undang-undang perbandingan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dgn diploma lanjutan pentadbiran kehakiman dan guaman Islam UKM, beliau juga mempunyai sijil guaman bagi negeri Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan. Berpengalaman lebih 7tahun, beliau kini bernaung dibawah firma guaman sendiri iaitu Hafizah Haron & Associate. Beliau boleh dihubungi di talian 011-64390556 atau email di mailto:hafizahharonassociates@gmail.com

No comments

Post a Comment

Powered by Blogger.